Sunday, August 7, 2011

Daging Salai Masak Cili Padi

Assalamualaikum, Gemarkan masakan pedas daripada Negeri Sembilan? Oleh sebab setahun saya menetap di kuala pilah negeri sembilan. Masakan lomak r jd favourite den skng nih haha, cakap pon x abis2 nak ckp nogori j haha x tau laa kenapa disini saya nak berkongsi sedikit resipi favourite den nih dlu slalu mkn msak lemak nih klu kenduri kat negeri ni laa menu wajib ade ;p sodap jang x tipuu haha

Daging salai masak cili padi ini memang merupakan masakan favourite den. Rasanya sangat unik kerana dalam pedas-pedas terselit juga rasa masam belimbing buluh/ mangga muda

Bahan-bahan  :
  • 1 kg daging (disalai dan dipotong nipis)
  • 10 biji cili padi (dikisar)
  • 2 sm kunyit hidup (dikisar)
  • santan kelapa (santan daripada 1 biji kelapa)
  • 1 biji mangga muda (dihiris nipis) atau beberapa biji belimbing buluh
  • garam secukup rasa 

Cara masakan :
 1.Kecutkan daging salai di dalam periuk dengan cili padi dan kunyit hidup yang dikisar sampai airnya kering.
 2.Setelah itu masukkan santan dan kacau sentiasa agar tidak pecah minyaknya. Biarkan mendidih seketika.
 3.Masukkan garam secukup rasa. Kemudian masukkan mangga muda ataupun belimbing buluh.
 4. Biarkan ia masak dan angkat.


Selamat mencuba resipi ini :)



sekian terima kasih ; )

2 comments:

  1. gile lah bro..dah boleh jd chef la

    ReplyDelete
  2. hahaha cuti2 nih ni laaa kerja aku dok dapur tolong mak bilaa lagi haha ;)

    ReplyDelete